Isnin, 26 Disember 2016

Pelbagai Barangan Jualan Melalui SIMAAS Shop!



Pengenalan 5 Laman Jualan Online Di Malaysia

1. Lelong.my

Siapa di Malaysia yang tidak pernah dengar akan Lelong.com.my, anda kerugian. Di sini terdapat banyak promosi dan pilihan barang yang boleh menarik perhatian. Selain itu, Lelong rajin menghantar promosi-promosi kedai-kedai online yang dibuka di laman mereka, menyediakan seminar-seminar untuk mendidik para peniaga, serta menyediakan diskaun-diskaun menarik melalui Superbuy.my.

2. Ebay Malaysia

Salah satu cabang Ebay.com, Ebay Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Kelebihan Ebay adalah sekiranya mana-mana pelanggan mengadu tidak menerima barang kepada Ebay, Ebay akan memanggil penjual dan mendapatkan status barang yang telah dibayar tersebut.

Lagi satu, sesiapa yang telah membuka akaun di Ebay Malaysia, mereka boleh mendaftar masuk menggunakan login yang sama. Apa yang berbeza adalah tempat login, dimana untuk Malaysia sahaja adalah ebay.com.my, manakala untuk antarabangsa adalah ebay.com.

Cara pembayaran utamanya adalah melalui sistem Paypal, tetapi penjual boleh menetapkan cara bayaran lain seperti melalui akaun bank, visa, kad debit, malah Cash on Delivery (COD).

3. Easy.my Mall

Lelong.com.my dan Ebay adalah pada asalnya laman lelongan yang berkembang menjadi pusat jualan. Bagaimana pula yang ingin berbeza atau tidak mahu melelong?

Bagi para penjual yang ingin membuka kedai online menggunakan alamat web sendiri, ini antara ‘online shop hosting’ pilihan ramai. Dibawah kelolaan Exabytes, antara kelebihannya adalah integrasi dengan Facebook, dimana para pembeli boleh membeli terus daripada laman Facebook kedai anda. Selain itu, ia juga menyediakan perkhidmatan makluman secara emel atau SMS, analisa jualan, serta bantuan langkah pembayaran dan pembuatan e-kupon untuk promosi. Sekiranya anda membuka kedai menggunakan Easy.my, kedai anda boleh dilihat di komputer riba mahupun telefon bimbit. Hal ini kerana setiap kedai Easy.my menyediakan format yang sesuai dengan kedua-dua jenis peranti.

Easy.my menyediakan beberapa pelan dan harga mengikut kelebihan dan kesesuaian yang berbeza. Biarpun memaparkan harga bulanan, mengikut pemahaman penulis di bahagian FAQnya, anda perlu membayar jumlah setahun kerana mereka ada kontrak setahun apabila membuka kedai bersama mereka.

4. Lot.my Mall

Jika anda berasa Easy.my menyediakan pelan yang melebihi bajet anda, jenguklah Lot.my. Menggunakan sistem OpenCart, Lot.my menyediakan hampir sama faedah seperti Easy.my kecuali integrasi dengan laman Facebook dan jumlah produk yang boleh dikatalogkan setakat ini adalah 200 untuk akaun premium dan 4 produk untuk akaun permulaan.Buat masa ini cuma ada dua jenis akaun, percuma dan Premium, dimana untuk Premium anda boleh pilih sama ada untuk membayar secara bulanan RM59, atau tahunan sebanyak RM399 (jimat RM309 daripada membayar bulanan selama setahun).

5. Mudah.my

Pada asalnya laman ini adalah laman pengiklanan, namun begitu, ia cukup dikenali bagi sesiapa yang gemar membeli-belah secara online. Pada kebiasaannya, pembeli akan mencari dahulu di Mudah.my sebelum berpindah ke laman-laman membeli-belah online yang lain. Mudah.my menyediakan kemudahan akaun Pro Niaga bagi sesiapa yang ingin membuat akaun kedai. dengan itu, adalah lebih mudah menguruskan penyenaraian iklan yang banyak pada satu akaun sahaja, berbanding perlu melihat setiap satu iklan.

Ada banyak lagi pusat beli-belah secara online seperti IPMart.com.my, tetapi senarai di atas adalah yang mana penulis tahu sesiapa sahaja boleh menjual.

Selamat berniaga!

sumber: http://hafizamri.com/5-laman-jualan-online-di-malaysia/

-----------------------------------------------------------------

SIMAAS Shop akan menyahut cabaran ini untuk menjual barangan terpilih secara online sesuai dengan perkembangan iklim jualan online yang semakin mendapat sambutan oleh pelbagai peringkat masyarakat.

Kini kami masih dalam peringkat mengemaskini senarai jualan yang akan ditawarkan kepada golongan sasaran serta sesuai dengan keperluan semasa!.

Perkembangan lanjuit akan dikemaskini dari masa ke semasa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...