Rabu, 28 Disember 2016

Kenali pembekal kami!

Pengiktirafan FEDMAS

Alhamdulillah..

AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD (951063-K) kini adalah ahli BIRO PIAWAI FEDMAS MALAYSIA.

Siapakah FEDMAS ??

Kebanyakkan semua pengeksport , pengeluar utama dan borong di Malaysia adalah ahli-ahli kepada assay FEDMAS dimana mereka boleh mengemukakan sejumlah pengeluaran barang kemas mereka pada FEDMAS untuk daftar ketulenan.

Ia membantu untuk membina keyakinan dikalangan pembeli utama dan barang kemas dibuat di Malaysia untuk dieksport ke Timur Tengah , Amerika Utara , Eropah dan juga di Asia Tenggara.

Semua barang kemas yang dijual di Malaysia perlu DIUJI untuk ketulenan dan MESTI diterangkan berdasarkan Standard Malaysia (MS 1365 : Part 1 :1994) yang dibangunkan oleh SIRIM ( Standard Industrial & Research Institute of Malaysia ) dibawah Perihal Dagangan Peraturan-Peraturan (Artikel diperbuat daripada logam berharga) 1994

FEDMAS berbangga menjadi salah satu ahli kumpulan (Logam Berharga) wakil SIRIM untuk membantu dan memberi nasihat standard ketulenan barang-barang kemas yang diperbuat daripada logam berharga seperti emas dan perak.

Tiga makmal FEDMAS ( Penang , KL , dan JB ) SAHAJA. Pejabat assay di Malaysia yang diiktiraf di bawah MS ISO/IEC 17025 : 2005 yang diiktiraf oleh Standard Malaysia dan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa.

Ini adalah BUKTI KOMITMEN syarikat dan kami semua sebagai pembekal dan peniaga emas tulen di Malaysia.

Taniah Amethyst dan Powergold. Kita melangkah setapak lagi :)

#*AMETHYST adalah KILANG EMAS ;

#*POWERGOLD adalah syarikat yang memasarkan emas tulen ;

#*Kita buat jual beli EMAS FIZIKAL dan BUKAN SEKALI-KALI PELABURAN EMAS @ APA-APA SKIM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...