Rabu, 28 Disember 2016

Peka status emas!

Soalan cepu cemas...

Harini bila saya kata kat kawan2 emas jgn dijual sewenang wenangnya baik yang lama mahupun yang baru... kalau terdesak sangat baik pajak di ar rahnu... ada kawan bagi soalan cepu cemas pada saya. Katanya 'kalau tak jual, macam mana nak kaya? '

Saya jawab mcm ni...
 ko ni buta emas, kekayaan sebenar bukanlah diukur dengan cash yg ada di tangan. Tapi net worth ko dinilai berdasarkan nilai aset berbanding liabiliti. Tu pun nak kena ukur liquidity ratio lagi. Emas adalah aset tetap yang paling liquid selepas cash.

Itu belum lagi pendapatan pasif dan capital appreciation diambil kira. Bagi saya, kekayaan sebenar adalah apabila saya boleh hidup bebas dari hutang, bebas nak makan apa saja, bebas nak pegi mana pun, bebas nak kerja atau tak dan bebas nak tolong sesiapa sahaja. Kaya harta sahaja x cukup, saya nak kaya dengan masa dan jasa juga. Di situlah pentingnya pasif income. Let the money work for you...

Gambaran di bawah ini adalah satu contoh yang sederhana.

Pada masa emas ni dibeli, September 2014, harganya cumalah RM144 segram. Harini, kalau nak jual, boleh jual pada harga RM199 segram  tau. Haaa... kiralah sendiri berapa percent dah capital gains tu.

Sebab itulah saya katakan emas jangan dijual sewenang wenangnya baik yang lama mahupun yang baru.

Mula sekarang je kalau nak kumpul emas pelan2 macam saya.

Selagi tak mula,Takkan Jadi sampai bila-bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...