Jumaat, 21 September 2018

Cara Rasulullah SAW Memakan Garam

#GARAM#

TAKUT AKAN PENYAKIT YANG TIMBUL DARI MEMAKAN GARAM?
INI CARA RASULULLAH SAW MEMAKAN GARAM

*Nabi Muhammad Sholallohi 'alaihi wassallam  bersabda:* "Sebaik-baik lauk adalah garam." (HR Al-Baihaqi).                    

*SEBAIK BAIK LAUK ADALAH GARAM.*                                              
Sangat bertentangan dengan dunia media saat ini yang mengatakan bahwa memakan garam boleh menyebabkan berbagai penyakit saperti darah tinggi, dehydrasi, reput tulang dan penyakit empedu, namun hal itu tidak akan terjadi jika anda mengetahui cara mengkonsumsi garam dengan baik dan secara benar. Sesuai dgn #Sunnah Rasulullah SAW.

Begini Cara Mengkonsumsi Garam Agar Terhindar Dari Penyakit (Ala Rasul)
Jadi sesuai dengan hadist diatas yang menyatakan Garam bukanlah penyebab penyakit, tapi malah jadi obat yang paling mujarab seandainya digunakan dengan cara yang betul.

Kuncinya adalah
 *GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!!!*                
Ingat tidak boleh dimasak!!!
*Kesalahan kita (kebanyakan orang) ialah kita memasak garam yaitu memasukkan garam ke dalam masakan ketika masakan sedang MENDIDIH/PANAS.*
Hal tersebut akan menyebabkan garam menjadi racun/toksik… Jika garam dimasak dengan cara diatas, garam akan menyebabkannya ber-asid dan membahayakan kesehatan serta mengundang berbagai penyakit, selain itu kandungan *yodium* pada garam juga akan hilang dengan percuma. Ingat yodium itu sangat bermanfaat untuk kesehatan tubuh kita.

*Begini Cara yang betul penggunaan garam agar garam benar-benar menjadi obat bagi anda, bukan jadi penyakit*

Masaklah makanan yang ingin dimasak sehingga selesai.
Contohnya: sayur masukkan garam dalam masakan *apabila makanan dan airnya sudah berangsur sejuk atau dalam keadaan sejuk.*

*Ingat  makanan yang sedang dimasak harus tanpa garam, ingat tanpa garam!!!!!*

Selagi makan, sediakan semangkuk garam dan taburkan di atas makanan yang ingin dimakan ikut sesuai selera masing2.

Garam adalah mineral bagi tubuh, “banyak amalan yang dilakukan oleh #para Salafus Saleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulai makan.”#

Garam digunakan sebagai pembuka makan dengan mengambilnya (cica) dengan ujung jari dan dimasukkan ke dalam mulut.

#INGAT GARAM ADALAH MINERAL!!!!*        
Kelebihannya atau manfaatnya memakan garam antara lain ialah:
 *Mengobati lebih dari 70 penyakit,*antara lain Darah Tinggi, Diabetes, Reput Tulang, Begok, Sakit Kepala dan lain2 serta tidak akan mengalami keadaan mati mendadak.

Sila sebarkan, sekiranya anda ingin orang-orang yang anda cintai menjadi sehat.

_*Berbagai penyakit yang timbul akibat garam saperti "GEJALA JANTUNG" dan tekanan "DARAH TINGGI" adalah "AKIBAT" dari "PENGGUNAAN GARAM" yang "SALAH."*_

*Karena kalau memasak jangan dicampur garam... Ingat "GARAM" jangan di"MASAK."*

*INSYA ALLAH*_
#penyakit darah tinggi,  jantung, diabetes dapat dihindari dengan cara makan yg betul dan baik.*_

*Jadi sekali lagi, kesimpulannya yg benar garam itu adanya dimeja makan bukan didapur.*

_*MARILAH BERUBAH CARA MAKAN KITA AGAR SEHAT SEMUA.*_
_*ORANG ASING SUDAH LEBIH AWAL MENGGUNAKAN GARAM SELALU DI MEJA...*_
*"SEMOGA BERMANFAAT"*

*🎯Rumah Sehat Ath ThibbunNabawi " Laa Tahzan "🍀*





Rabu, 19 September 2018

Sedekah seorang wanita

CARA-CARA WANITA BERSEDEKAH

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah. Share ilmu yang bermanfaat , ilmu agama .

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

- Ustaz Iqbal Zain -

Main kutu adalah hukumnya harus.Namun jika anda ingin memahaminya skim kutu ini dari sudut proses dan caranya , sama ada ia diterima oleh Shariah atau tidak. Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus.

Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.

Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.

Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.

Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.

Kesimpulannya, skim 'kutu' antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.

Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut :-

Pertama : Keharusan kaedah :-
أسلفني وأسلفك

Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)

Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.

Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)

Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.

Ibn Qayyim berkata :-

والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم

Ertinya : "Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)

Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)

Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu. Apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW. Wallahu a'lam

Sekadar perkongsian..☺☺

Rahsia Kemanisan Iman

Suatu ketika, Al-Allamah As-Syaikh Ali Jum'ah menceritakan dalam satu majlisnya:

"Adalah Al-Imam Abdul Qadir Al-Jailani R.A seorang yang apabila berkata-kata, ia membuatkan orang lain menangis, dan anaknya Abdul Wahhab (juga merupakan seorang alim besar) suatu ketika duduk untuk memberikan tazkirah daripada asar sehingga waktu maghrib. Tatkala datangnya ayahnya lalu duduk di dalam majlis, hadhirin pun mula menangis, sedangkan beliau belum pun memulakan bicaranya.

Dalam waktu yang lain, suatu ketika beliau hanya sekadar mengucapkan,

"Semalam aku berpuasa..."

Lalu terisak-isaklah orang ramai dalam tangisan. Adakah beliau mengatakan apa-apa yang membuatkan orang menangis? Beliau hanya mengatakan bahawa semalam dirinya berpuasa, akan tetapi kalimah 'berpuasa' ini keluar dari mulutnya yang sememangnya dalam keadaan berpuasa memberikan petunjuk-petunjuk bahawa ia adalah seorang hamba kepada Allah, dan ia telah mengekang dirinya daripada syahwat-syahwatnya kerana Allah, dan kalimah 'kerana Allah' ini tatkala keluar, kamu akan mendapati ia keluar dengan bercahaya.

Mereka merasakan kebesaran Allah dalam jiwa mereka dengan menyelinapnya pelbagai keadaan dan penyingkapan di dalam hati yang tidak mampu untuk diungkapkan. Lalu beliau meneruskan lagi perkataannya,

"Dan aku menyiapkan makananku untuk berbuka..."

Lalu, tersedu-sedulah lagi mereka menangis. Kerana dengan ungkapan itu saja, ia mengingatkan mereka bahawa manusia pun memerlukan kepada makanan, manusia adalah fakir tidak punya apa-apa dan sentiasa memerlukan kepada Allah Azza wa Jalla.

Ia berkata lagi,

"Lalu seekor kucing memakan ikan tersebut (yang disiapkan untuk berbuka)..."

Dan, mereka semua terisak-isak menangis lagi melihat akan hal dirinya yang berpuasa dan berlapar, akan tetapi kucing telah memakan ikan santapan berbukanya, lalu ia redha dengan ketetapan Allah dan tidak marah.

Setiap yang keluar dari mulutnya mengingatkan mereka kepada Allah.

Kerana kemanisan hatinya sendiri telah berinteraksi dan menyusup ke dalam hati-hati mereka, sehingga menjadikan kata-kata yang biasa pun mempunyai makna-makna dan petunjuk-petunjuk yang mengingatkan mereka kepada Allah."


Selasa, 18 September 2018

TIP BANTU IMUN ANAK HEBAT

TIPS BANTU IMUN ANAK HEBAT! SUPERFOOD PELANGI!
-------------------------------------------

Biarkan si kecil anda menikmati warna “pelangi” daripada pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.

Semua buah-buahan dan sayur-sayuran menawarkan vitamin dan mineral yang berbeza mengikut warna yang berbeza.

Jadi, ia adalah penting untuk anak anda mendapat pelbagai vitamin dan mineral yang baik.

Contohnya, vitamin C dan karotenoid boleh didapati dalam buah-buahan dan sayuran berwarna merah, kuning dan oren.

Vitamin ini mempunyai kualiti untuk meningkatkan sistem imun yang membantu badan menghasilkan sel darah putih yang bertanggungjawab melawan jangkitan.

Anda haruslah cuba untuk menyajikan anak-anak anda lima hidangan buah-buahan SPRT EPAL, DELIMA, ZAITUN, dan sayur-sayuran TOMATO, SAWI,bayam,CARROT DLL

Sama ada ia segar, beku, dalam tin atau kering, ia boleh dimasukkan ke dalam hidangan utama, puding, makanan ringan atau jus smoothie.

alaaamak Macamnana klu anak2 susah betul nak makan buahan sayuran ni apa nak SUSAH< ramuan QASEH JUNIOR pun warna warni tau!!

delima, zaafaran, bayam kismis, zaitun, tin, gingko, gam arab. warna warna emas paling banyak!!

#QasehGold
#KuchingSarawak





Isnin, 17 September 2018

Tip Suri Rumah Hebat

5 Tips Suri Rumah Hebat!

1. Sarapan yang berkhasiat - Nak jadi suri rumah hebat, kekal aktif bertenaga sepanjang hari, wajib ambil breakfast. Jangan skip tau! Mulakan dengan Qaseh Gold Adinda setiap hari.

2. Rancang dan urus - Rancang apa yang anda nak lakukan pada hari tersebut. Mengemas? Memasak? Membasuh baju?
Pastikan ada jadual yang tersusun untuk melancarkan tugas harian anda!

3. Minum air kosong secukupnya - Air penting untuk tubuh badan kita. Biasakan minum sekurang kurangnya 2 liter sehari untuk kadar metabolism yang tinggi. Digalakkan mengamalkan Mineral Sole dalam minuman anda untuk sumber mineral tubuh badan kita.

4. Masa untuk diri sendiri - Ambil sedikit masa, 1 jam contohnya untuk manjakan diri sendiri. Pada waktu itulah kita fokus untuk beri penghargaan pada diri. Takkan lah sepanjang masa asyik buat kerja je kan!

5. Tidur yang secukupnya - Pastikan tidur pun cukup untuk menjadikan kita lebih produktif setiap hari. Cuba dapatkan 7-8 jam tidur semalaman. Tidur yang cukup adalah tidur dari pukul 10 malam dan bangun kira-kira jam 5 pagi.

#KakImmaQaseh
#QasehGold
#TipsWanita





http://www.wasap.my/60105926030

Mak mak sangat fobia dan risau bila anak dapat no tercorot dalam kelas
Walaupun terkadang beza 2 markah pun boleh membezakan kedudukan dalam kelas

Jiwa dan hati anak akan stress bila tengok kawan didepan 1 no di depannya.
Lagi sakit bila cikgu maklumkan terpisah dengan kawan kena tukar tempat sama ada di meja lain atau tukar kelas

Mama memang akan pukul swing salahkan anak kenapa tak belajar betul betul
Kenapa main main dalam kelas
Kenapa tak fokus apa cikgu ajar

Tapi mama lupa adakah asas punca semua itu mama dah kaunter terlebih dulu?

Cuba mama kaji pemakanan anak setiap hari
Bukankah pemakanan anak mempengaruhi minda dan fizikal anak?

-✅adakah apa yang anak makan itu cukup nutrisi yang penting dan diperlukan bagi menampung keperluan tenaga minda dan fizikal harian dia?

-✅adakah apa yang dia makan tak cukup bekalkan tenaga harian sampai ke malam

-✅adakah apa yang dia makan membantu tidur dia lebih kualiti yang menjadikan otak dia bekerja dengan baik waktu rehatnya

- ✅adakah  apa yang dia makan memberi manfaat pada setiap fungsi tubuh badan dia?

Kak Imma Cuba Bantu Berikan Penyelesaian Terbaik Untuk Dikongsikan dan diamalkan oleh ibu ibu

#QasehGoldJunior



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...