Khamis, 29 Disember 2016

Taman Negara Bako






Taman Negara tertua di Sarawak dibuka pada tahun 1957, meliputi kawasan seluas 27 km persegi, dan terletak lebih kurang 37km dari bandaraya Kuching. Ia terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, tumbuhan dan hidupan liar.

Ciri paling penting di sini adalah kawasan terlindung yang terpencil dan tanjung tinggi berbatu dengan cenuram curam yang mengagumkan menghadap Laut China Selatan.

Tempias laut, pukulan ombak dan angin juga mengukir indah gerbang laut dan tunggul laut di dasar cenuram, dengan beberapa yang kelihatan seperti kepala ular.

Batu pasir yang terbentuk di atas cenuram dengan corak besi kemerahan nampak begitu menarik. Di kawasan pedalaman terdapat air terjun yang menjunam turun ke dalam kolam air dengan pemandangan hutan yang begitu mempersonakan.

Bako mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan spesis tanaman, dan ini merupakan salah satu tarikan di sini. Hampir semua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo boleh ditemui di Bako.

Bako juga didiami oleh hampir 275 monyet proboscis yang jarang ditemui, dan hanya terdapat di Borneo. Masa terbaik untuk melihat hidupan liar di Bako adalah selepas waktu subuh dan sebelum senja, ketika haiwan sedang aktif. Bako adalah tempat yang menarik untuk mengkaji burung, dengan hampir 150 spesis burung telah direkodkan di sini.

Sistem laluan yang luas di Bako terdiri daripada 16 laluan hutan berkod warna yang menawarkan pelbagai pilihan untuk berjalan kaki dan mendaki. Mereka yang sukakan cabaran boleh memilih untuk mendaki hutan sepanjang hari atau menyertai ekspedisi perkemahan semalaman, manakala bagi mereka yang tidak gemarkan aktiviti lasak boleh memilih untuk berjalan kaki di denai hutan.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Bas Petra Jaya Nombor 6 dan bas mini harian bertolak dari Kuching ke Kampung Bako, sebuah perkampungan nelayan yang cantik. Anda juga boleh menaiki teksi ke Kampung Bako (Bako Village).

Menaiki bot
Dari situ anda perlu menyewa bot untuk ke Taman. Perjalanan menaiki bot ini merupakan suatu pengembaraan tersendiri, dengan pengemudi bot yang mahir dan berpengalaman membawa penumpang pada kelajuan tinggi.
Sila Hubungi
 
Kuching North City Hall

Telefon: 6082-446688

#Kami (SIMAAS Transport) ada menyediakan perkhidmatan Kereta dan Van Sewa untuk pelbagai urusan  terutama di sekitar bandaraya dan luar Kuching, dan kami juga ada menyediakan pemandu untuk pelbagai urusan dan bersiar-siar di tempat menarik dan pelancongan di Sarawak.
 

Bagi yang menyewa, kami akan menghantar terus kereta/van sewa ke lokasi anda.

Harga amat berpatutan!

Sila call/sms/whatsapp/telegram untuk pesanan.

Ima: 010-5926030 (Jalimawati Binti Razali)-Pengurus
Wan: 013-5533433

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...