Dikenali sebagai 'Muzium Hidup', Perkampungan Budaya ini dibina untuk melindungi dan menunjukkan warisan budaya Sarawak. Terletak di Pantai Damai, Santubong, hanya 32km dari Kuching, ia adalah tempat yang sesuai untuk mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat setempat.
Berkeluasan 17 ekar, terdapat 150 orang yang tinggal di perkampungan ini, menunjukkan aktiviti harian tradisional dari pelbagai suku kaum di Sarawak seperti cara memproses sagu dan membuat kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan menari untuk menghiburkan tetamu.
Penduduk kampung ini menyediakan maklumat mengenai pelbagai budaya tradisional dan cara hidup mereka. Anda boleh melihat replika bangunan yang melambangkan setiap kumpulan etnik utama di Sarawak; rumah panjang orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi orang Melanau dan juga ladang orang Cina.
Perkampungan ini juga mempunyai teater, di mana anda boleh menikmati persembahan tarian pelbagai budaya. Selain daripada itu, terdapat sebuah restoran dan kedai menjual kraftangan. Anda juga boleh berkahwin di Perkampungan Budaya Sarawak, mengikut gaya tradisional Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
Rumah panjang orang Iban mempunyai bilik berasingan yang terletak bersebelahan, semuanya terbuka menjadi dewan kemasyarakatan, yang digunakan untuk aktiviti riadah seperti mengukir kayu dan menganyam bakul.
Tetamu seringkali dijemput untuk menghadiri majlis-majlis pada setiap malam dan minum air tapai yang kuat, tuak, yang dibuat sendiri oleh orang Iban. Rumah tetamu yang selesa juga disediakan untuk pelawat.
Panduan Perjalanan
Laluan Darat
Tiada pengangkutan awam untuk ke Perkampungan Budaya, tetapi ada sebuah bas ulang-alik yang bertolak dari Holiday Inn Kuching pada pukul 9 pagi dan 12.30 tengahari, dan kembali semula pada pukul 1.45 petang dan 5.30 petang. Atau, anda boleh menyewa teksi untuk hari itu atau kereta sewa. Perhubungan jalan raya di sana sangat bagus dan dengan arah yang mudah diikut.
Sila Hubungi

Sarawak Cultural Village
Alamat :
Pantai Damai, Santubong, P.O.Box 2632, 93752 Kuching, Sarawak, Malaysia.
--------------------------------------------------------------
#Kami (SIMAAS Transport) ada menyediakan perkhidmatan Kereta dan Van Sewa untuk pelbagai urusan terutama di sekitar bandaraya dan luar Kuching, dan kami juga ada menyediakan pemandu untuk pelbagai urusan dan bersiar-siar di tempat menarik dan pelancongan di Sarawak.
Bagi yang menyewa, kami akan menghantar terus kereta/van sewa ke lokasi anda.
Harga amat berpatutan!
Sila call/sms/whatsapp/telegram untuk pesanan.
Ima: 010-5926030 (Jalimawati Binti Razali)-Pengurus
Wan: 013-5533433

Tiada ulasan:
Catat Ulasan