Rabu, 28 Disember 2016

Muzium Kucing Sarawak





Muzium Kucing terletak di bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Ia dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Terdapat 2000 pameran, artifak, tugu mengenai kucing dari seluruh dunia. Menurut kepercayaan penduduk tempatan dan orang Cina, kucing adalah haiwan bertuah.

Muzium ini meliputi kawasan seluas 1,035.9 meter persegi di atas bukit yang dipanggil 'Bukit Siol' yang terletak 60 meter di atas paras laut dengan pemandangan bandaraya Kuching yang cantik.

Muzium Kucing bertanggungjawab menjalankan kajian, pengumpulan, pembentangan, dokumentasi, promosi, penerbitan, pendidikan dan kesedaran mengenai tinggalan bersejarah, budaya dan persekitaran semula jadi.

Laluan DaratAnda boleh menggunakan laluan Jambatan Gantung Satok. Kemudian terus ke arah Pusat Perubatan Normah. Selepas membelok ke Jalan Semariang menuju ke DBKU.
Sila Hubungi

Dewan Bandaraya Kuching Utara

Telefon: 6082-446688
---------------------------------------------------

Kami (SIMAAS Transport) ada menyediakan perkhidmatan Kereta dan Van Sewa untuk pelbagai urusan  terutama di sekitar bandaraya dan luar Kuching, dan kami juga ada menyediakan pemandu untuk pelbagai urusan dan bersiar-siar di tempat menarik dan pelancongan di Sarawak.
Bagi yang menyewa, kami akan menghantar terus kereta/van sewa ke lokasi anda.

Harga amat berpatutan!

Sila call/sms/whatsapp/telegram untuk pesanan.

Ima: 010-5926030 (Jalimawati Binti Razali)-Pengurus
Wan: 013-5533433

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...