Agak panjang tapi menarik.
Jom lihat berapa ramai yang sanggup baca.
Ini adalah perkongsian dan jawapan saya jika anda bertemu dengan mereka yang mengatakan ToneExcel ini satu penipuan:
Mudah tuan. Rakan tuan tadi sebenarnya tak tahu bahawa:
1. TuneTalk adalah pemegang lesen MVNO (Mobile Virtual Network Operator) oleh SKMM dengan menggunakan spektrum 0111 dan 010 dari talian Celcom.
2. ToneExcel adalah produk yg dibangunkan secara CoBrand antara ToneGroup dan TuneTalk yg mana ToneGroup adalah pemegang hak memasarkan produk TuneTalk atas pelan prabayar ToneExcel WOW dan Pelan Prabayar TonePlus.
3. Kita tidak memerlukan lesen MLM kerana ini adalah perkhidmatan dan bukannya produk fizikal. Pembayaran Komisen adalah berdasarkan sistem pengedaran yg sama dengan apa yg dilakukan oleh semua telco di Malaysia. Iaitu melalui Master, dealer dan agen. Cumanya, lantikan master dealer ini diberikan kepada pengguna tidak ekslusif kepada kumpulan tertentu.
4. Sekiranya ToneExcel adalah satu penipuan, kad prabayar ini tidak mungkin akan diaktikan dan anda tidak akan dapat membuat sebarang panggilan kerana setiap nombor yang aktif akan dikenakan caj oleh SKMM.
Pakej para bayar ToneExcel WOW ini adalah kepunyaan TuneTalk. Bukan ToneExcel. Sila suruh mereka semak dengan membuat satu panggilan kemana mana nombor ToneExcel. Sekiranya berjaya menghubungi maknanya, nombor tadi tidak wujud dalam sistem.
Tanya rakan anda, apakah dia kenal dengan XOX, 1XOX, Happy, Tron, MobileMe, SmartPinoy, Merchant Trande dan Clixster?
Ini adalah contoh pakej atau pelan prabayar yg dibangunkan oleh MVNO atas sokongan Mobile Network Operator (MNO) seperti celcom, maxis dan DiGi.
Dan katakan juga pelan prabayar Altel adalah satu konsep MVNO dari Celcom kerana Altel tidak mempunyai lesen 2G dan 3G. Altel ada hanyalah lesen 4G.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan