Rabu, 28 Disember 2016

Boleh simpan barang kemas atau Dinar

⏰TAFSIRAN SECARA RINGKAS MENGENAI DINAR EMAS⏰

1. Apakah Dinar Emas itu ?
Yang dimaksudkan dengan Dinar Emas adalah:
Jenis Pertama = 24 Karat
Syiling emas seberat 4.25 gram yang memiliki kadar 24 karat @ 99.99% ketulinan molekul emas.
Jenis Kedua = 22 Karat
Syiling emas seberat 4.25 gram yang memiliki kadar 22 karat, atau 91.60% ketulinan molekul emas.

2. Apakah Dinar Emas sama dengan Dinar Iraq duit kertas yang sedang diedarkan ini ?
Dinar Emas sama sekali amat berbeza dengan Dinar Iraq. Dinar Iraq hanyalah mata wang kertas negara Iraq yang tidak memiliki nilai dalaman.
Sedangkan Dinar Emas memiliki nilai dalaman iaitu molekul emas itu sendiri yang diakui mahal nilainya oleh manusia di seluruh dunia.

3. Mengapa harga Dinar Emas 24k lebih mahal dari harga dinar emas lain?
Dinar Emas 24k memiliki kadar 24 karat atau 99.99 % ketulinan logam emas. Sedangkan harga dinar emas lain berkadar kurang dari 24 karat.
Sebagai contoh,
Emas jenis 22K mempunyai ketulinan logam emas sebanyak hanya 91.60% sahaja, lagi padat kandungan emasnya maka lagi mahal lah harga emas itu, dan mengikut timbangan berat graviti bumi pula.

4. Bagaimana menentukan keaslian Dinar Emas ?
Pembelian logam Dinar Emas selalunya akan dilengkapi dengan sijil pengesahan asli oleh si penempa logam emas itu. Selain itu tidak ada logam emas lain yang mempunyai berat & dimensi sama jika dibuat menjadi dinar. Ertinya jika kita membuat dinar yang kadarnya kurang dari 24K seberat 4.25 gram, maka bentuknya pasti lebih besar. Begitu juga jika memiliki bentuk yang sama, maka dinar yang bukan 24k akan memiliki berat yang lebih ringan.

5. Siapa yang mengendalikan apungan harga Dinar Emas ini ya ?
Harga Dinar Emas adalah mengikut harga emas dunia dalam bentuk US$, Euro, Ringgit dan sebagainya yang menyebabkan harga Dinar Emas dipengaruhi juga oleh pergerakan Ringgit Malaysia atau Rupiah Indonesia terhadap mata wang negara-negara lain.

6. Apakah Harga Dinar Emas selalu ditentukan secara terapung seperti harga emas?
Meskipun harga dinar juga diapungkan, namun untuk memudahkan dalam proses traksaksi, harga Dinar Emas akan sentiasa dikemaskini berdasarkan harga emas seluruh dunia.

7. Apakah harga Dinar Emas akan selalu naik ?
Kerana harga apungan emas adalah mengikuti harga emas dunia, Dinar Emas mengalami naik turun untuk jangka pendek. Namun demikian untuk jangka panjang harga emas hampir dipastikan naik.

Sudah sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu emas mengalami kenaikan 25-50% per tahun, walaupun terkadang kita melihat harga emas jatuh untuk jangka pendeknya, namun pada akhirnya tetap akan kembali ke angka tertinggi semula, bahkan akan terus naik lagi dan tentu saja akan melonjakkan nilai pada harga Dinar Emas.

8. Apakah saya akan mengalami kerugian jika harga emas turun mendadak ?
Jika harga emas turun, anda tetap tidak akan rugi.

Mengapa?
Kerana kekayaan anda sebenarnya tidak berubah.
Emas adalah barang yang asli keagungan nilainya di mana jika terjadi penurunan harga emas, maka tetap saja anda akan dapat membeli barang-barang yang dapat dibeli sebelum kenaikan harga.

Misalnya anda memiliki 1 keping syiling Dinar Emas 24k, dimana saat ini seharga seekor kambing maka jika terjadi penurunan harga Emas Dunia, Dinar Emas anda akan tetap seharga seekor kambing. Jadi pembandingan yang tepat adalah barang tukaran yang senilai dengannya, bukan mata wang kertas yang nilainya adalah kosong dan ntah apa-apa.

---------------------------

Simpanan EMAS FIZIKAL adalah simpanan terbaik untuk kita semua. Permulaan yang baik, mulakan Istiqamah dengan menyimpan emas dari sekarang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...