Khamis, 5 Januari 2017

SIMAAS Media: Ditetak!



5 Januari 2017, Lokasi: Jalan Padungan, Kuching.
KUCHING: Seorang lelaki terpaksa menyelamatkan diri dengan berlari ke sebuah restoran selepas ditetak individu tidak dikenali di Jalan Padungan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa berusia 30-an cedera di tangan kanan ketika cuma mempertahankan dirinya berhampiran restoran itu.

Bagaimanapun, penyerang itu melarikan diri selepas menyedari perbuatannya menarik perhatian orang ramai di kawasan kejadian.

Sumber berkata, mangsa yang berada dalam keadaan berlumuran darah, selain kelihatan bingung, melarikan diri ke sebuah restoran untuk mendapatkan bantuan.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Cerita lanjut.. www.simaas.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...