Khamis, 5 Januari 2017

Ketahui Basic Tentang Emas!

*Basic Tentang Emas*

1⃣ Emas juga dikenali sebagai logam kuning.

2⃣ Emas semuanya sama.. jgn tertipu dengan brand.. Emas hanya berbeza dari segi ketulenannya.

3⃣ SIFAT EMAS

 🔸Berwarna kekuningan
 🔸Mudah di bentuk
 🔸 Berkongsi kumpulan dengan Perak dan Tembaga dlm jadual berkala.
 🔸 Tidak terhakis.

4⃣ GRED EMAS

# Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen

Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Barang Kemas)
-------------------
Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Barang Kemas)
-------------------
Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)
-------------------
Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas
-------------------
Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian)
--------------------
Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas
--------------------
Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll)
Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas
--------------------
Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas
--------------------
Emas 375 =  9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA)
🌷🌺🌻🌸🌷🌺🌻🌸

5⃣ Campuran lain selain dari emas kebiasaannya Perak dan Tembaga utk menguatkan struktur emas.

Contoh
-------
Gold Bar 999.9 bermaksud 99.9% emas tulen

Barang Kemas 916
Bermaksud 91.6% emas
8.4% lagi adalah campuran perak dan tembaga.

6⃣ Sesetengah Barang kemas (Emas Kelantan) 916 agak kelihatan merah kerana campuran emas dan tembaga jadi Barang kemas / alloy

Bagi sesetengah pengeluar pulak.. mereka mencampur emas dan Silver. Warna barang kemasnya lebih kuning dan banyak di pasaran Malaysia


TAPI jika emas 999 warnanya sama walau datang dari mana pun pengeluarnya.. itulah warna Emas yg asal.

7⃣ Basic timbangan emas lama yg masih digunakan di sesetengah negeri di Malaysia

*KELANTAN*
Emas Se Rial =2.72gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
---------------------
*TERENGGANU*
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm
----------------------

Contoh pengiraan👇

Satu gram = rm 150
Se rial berat = rm 150 x 2.72g = Rm 408

# so.. kalau pegi sana.. dia akan ckp harga emas hr ni ialah rm408.. jangan la terkejut plak.. sebab tu dlm rial.. bkn dlm gram.. kita kena tahu mcm mana nak convert..😅


9⃣ Spread / Susut Nilai Emas.

Susut Nilai ni mcm second hand value.. Macam jer..

Lepas keluar kedai.. harga akan berkurang.. contoh kita beli handphone.. beli harga 1000.. bawak balik rumah.. x syok.. esok nak tolak balik kat kedai tu.. emm dia amik rm 600 jer.. tu maksudnya spread atau susut nilai dia 40%..

*TAPI KENAPA EMAS PON ADA SPREAD ?*

Barang kemas spreadnya lebih tinggi sebab

1. Barang kemas ada design. Ada kemungkinan design yg kita trade in tu dah outdated..

proses penyimpanan akan jadi lama sehingga ada pembeli baru.. atau mungkin perlukan pemprosesan semula utk dijadikan design baru..

Kos ni lah yg telah di ambil kira dlm jual beli emas..

2. Gold Bar dan Dinar
Susut Nilai wujud kerana adanya admin fees semasa proses penjualan dan pembelian balik.. lain2 terdapat juga proses re packing jika packaging dah x sempurna mcm asal..😅

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...